Bagi jurnal Q1 dan Q2, jumlah bayaran tidak melebihi RM10,000.00. Jika terdapat jumlah bayaran terlalu tinggi, permohonan perlu dipertimbangkan oleh Pengarah RMC untuk kelulusan. Bagi jurnal Q3 dan Q4, jumlah bayaran tidak melebihi RM5000.00. Pautan : Matlumat lanjut boleh tekan pautan ini
RMC hanya membayar perkhidmatan suntingan bagi artikel yang telah diterima (accepted) untuk diterbitkan oleh jurnal. Artikel yang sedang dinilai (review) tidak diterima. Pautan : Tekan sini untuk matlumat lanjut
Borang permohonan boleh dimuat turun di alamat web berikut: Sila tekan sini
Dokumen lengkap permohonan Dana Penerbitan Jurnal perlu diserahkan kepada pegawai penerbitan kami di Pejabat RMC: Pegawai Penerbitan Jurnal
Untuk pelajar, penginapan dan tuntutan perjalanan tidak dibenarkan. hanya yuran sahaja yg dibenarkan. Untuk matlumat lanjut, sila tekan pautan ini.
Laporan projek penyelidikan perlu dihantar sebanyak dua kali setahun sekitar bulan Disember-Februari dan bulan Jun-Ogos. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Penyelidik akan dimaklumkan oleh Pegawai Pemantau di PTJ apabila perlu menghantar laporan projek penyelidikan. Untuk matlumat lanjut, sila hubungi pegawai kami di pautan ini.
Kemaskini:: 21/03/2017 [noridahanim]
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Tingkat 5
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor