READ@UNI UPM - CAKNA ILMU | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» MENGENAI KAMI » PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN » READ@UNI UPM - CAKNA ILMU

READ@UNI UPM - CAKNA ILMU

Sudut Bacaan CAKNA ILMU, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)

 

Rasional Nama “Sudut Bacaan CAKNA ILMU

Sebagai staf universiti, kepekaan atau cakna ilmu mestilah diasimilasikan dalam diri agar ia menjadi budaya peningkatan ilmu. Berlandaskan moto “BERILMU BERBAKTI” maka semua staf mestilah peka atau cakna terhadap pelbagai informasi sebagai santapan minda dalam memberikan perkhidmatan berkualiti terutama ilmu pengetahuan. Justeru, budaya membaca perlu dijadikan amalan positif setiap staf supaya berdaya maju dan berdaya intelek.

Matlamat Sudut Bacaan CAKNA ILMU bertepatan dengan kempen READ@UNI yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di semua IPTA/IPTS termasuk UPM dalam meningkatkan budaya membaca di kalangan staf supaya berdaya maju dan berdaya intelek.

Majlis Pelancaran Read@Uni merupakan inisiatif bagi mewujudkan negara membaca pada tahun 2030 yang dilaksanakan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta melalui usaha perpustakaan universiti dan institusi berkenaan. Dengan slogan ‘With Knowledge We Lead’ dan bertemakan #MalaysiaMembaca, kempen ini diharap dapat menyemarakkan lagi amalan pembacaan dalam kalangan warga Universiti seperti mahasiswa, pensyarah dan staf pentadbiran.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), Majlis Pelancaran Read@Uni telah disempurnakan oleh Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM pada 12 April 2019 yang lalu dengan kehadiran lebih 500 orang tetamu jemputan termasuk pelajar dan pegawai UPM.

Kategori buku yang disediakan di rak sudut bacaan meliputi:

  • Penyelidikan
  • Inaugural
  • Rujukan
  • Umum
  • Novel


Aktiviti yang dilaksanakan:

Sudut bacaan CAKNA ILMU turut menyediakan perkhidmatan meminjam buku kepada semua warga UPM yang berminat meminjam dan membaca buku-buku di rak. Buku Log Meminjam Buku turut disediakan bagi memudahkan pinjaman buku dibuat. Beberapa aktiviti turut dirancang bagi memeriahkan kempen membaca termasuk siri ulasan buku, deklamasi puisi dan lain-lain yang bersesuaian dan menepati kehendak kempen membaca ini.

Pegawai yang bertanggungjawab:

 

Kemaskini:: 20/09/2021 [engkuliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDdDAN~