Meraikan Majlis Perpisahan Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman & Pn Zaihan Yazid | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Meraikan Majlis Perpisahan Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman & Pn Zaihan Yazid
Tarikh
14 Sep 2018 - 14 Sep 2018
Masa
12.00 - 01.00
Lokasi
Kelab Golf UPM
Ringkasan Acara
Pada 12 & 14 September 2018, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengadakan majlis meraikan perpisahan Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan yang akan bertukar ke Pejabat Strategi Korporat Dan Komunikasi (Coscomm) yang berkuatkuasa pada 15 September 2018 sebagai pengarah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) iaitu Prof. Dr. Zulkifli Idrus serta Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhaban. Disamping itu RMC juga meraikan salah seorang staf bahagian geran penyelidikan iaitu Pn. Zaihan Yazid yang akan bersara pada 18 Oktober 2018. Pihak RMC ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas lantikan tersebut dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman dan selamat bersara kepada Pn Yazid. Semoga kenangan di RMC tidak dilupakan dan menjadi kenangan manis buat mereka.

Kemaskini:: 18/09/2018 [engkuliyana]

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
-
B1566137781