Event Title
'Responsible Conduct of Research' Workshop
Date
26 Jul 2018 - 26 Jul 2018
Location
Computer Lab 1, 3rd Floor, TNCPI Office (WHITE HOUSE)
Event Summary
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) akan mengadakan Bengkel 'Responsible Conduct of Research' pada 26 Julai 2018 bertempat di Makmal Komputer 1, Aras 3, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia.
Bengkel yang sangat interaktif dan menarik ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peranan yang dimainkan oleh para penyelidik dalam ekosistem penyelidikan yang kompleks, norma-norma profesional dan kaedah terbaik sebagai garis panduan. Penceramah jemputan ialah Dr. Chau De Ming dan Prof. Madya Dr. Thahira Begum.
Sukacita dengan ini pihak YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan) / Timbalan Pengarah dijemput hadir sebagai peserta bersama-sama seorang pensyarah di PTJ masing-masing ke Bengkel 'Responsible Conduct of Research' tersebut (setiap fakulti dihadkan kepada 2 orang peserta sahaja).
Maklumbalas kehadiran (nama, no. telefon, dan alamat emel) perlu dikemukakan kepada pihak sekretariat: mohdazman@upm.edu.my dan aduwati@upm.edu.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 19 Julai 2018 (Khamis).
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Azman di talian 03-89471653
![]()
Updated:: 06/09/2018 [nsyahirah]