Event Title
ISESCO 2018 Research Grant
Date
18 May 2018 - 02 Jul 2018
Event Summary
Salam hormat dari Akademi Sains Malaysia,
YBhg Academician/ Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Professor/ Dr/ Tuan/Puan,
Geran Penyelidikan ISESCO 2018
Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) merupakan sebuah jalinan kerjasama antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
Di samping itu, ISESCO Center for Promotion of Scientific Research (ICPSR) merupakan sebuah organisasi khas di bawah ISESCO yang bermatlamat untuk menyokong dan meningkatkan kegiatan serta kemajuan negara-negara anggota dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi. Di antara inisiatif ICPSR ialah pemberian geran penyelidikan sehingga USD10,000 bagi tempoh dua tahun kepada para penyelidik yang berumur di bawah 40 tahun (individu/kumpulan) di negara-negara anggota untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang berikut:
i. Nanotechnology;
ii. Health Biotechnology;
iii. Agricultural Biotechnology;
iv. Frontier Areas of Science and Technology;
v. Engineering Sciences;
vi. Medicinal Plant;
vii. Information and Communication Technologies;
viii. Applied Sciences; dan
ix. Biological Sciences.
Pemohon geran ini perlu mempunyai Ph.D di dalam bidang yang dimohon dan menyandang jawatan di universiti awam atau institusi penyelidikan kerajaan di mana projek yang dicadangkan akan dijalankan. Maklumat lanjut adalah seperti pada borang permohonan yang boleh dilayari di:
http://www.science4innovation.org/index.php/fellowships/
Berhubung dengan pekara ini, adalah dipohon bantuan dan kerjasama semua untuk memanjangkan hebahan ini ke organisasi masing-masing.
Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan ke Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia pada atau sebelum 2 Julai 2018 (Isnin) mengikut garis panduan dan borang permohonan.
Sila hubungi Puan Umathevi Ponnusamy di talian 03-88846107/ e-mel ke uma.ponnusamy@moe.gov.my untuk pertanyaan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Syafiq Shafiee
Komunikasi Sains ASM
![]()
Updated:: 06/09/2018 [engkuliyana]