Smart Drive-Thru Takeaway, Demonstrasi Projek IoT Oleh Penyelidik UPM | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Smart Drive-Thru Takeaway, Demonstrasi Projek IoT oleh Penyelidik UPM

Smart Drive-Thru Takeaway, Demonstrasi Projek IoT oleh Penyelidik UPM

SETAPAK, 22 April - Satu demonstrasi bagi Smart Drive-Thru Takeaway (SDT) telah diadakan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, dengan rakan kerjasama, Me’nate Restaurant di Starpac Point, Setapak. Demonstrasi projek IoT ini telah berjalan dengan jayanya.

SDT adalah pemacu pintar bagi operasi pengambilan pesanan makanan dalam talian. Projek ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shaiful Jahari Hashim, dan ahli pasukan, Prof. Madya Dr. Syed Abdul Rahman Al-Haddad, Dr. Noor 'Ain Kamsani, Dr. Fakhrul Zaman Rokhani, Dr. Maryam Mohd Isa dan Dr. Nurul Adilah Abdul Latiff. Sebelum demonstrasi, pembentangan dan taklimat mengenai projek SDT telah diadakan terlebih dahulu. Kemudian, demonstrasi sistem SDT secara langsung untuk penghantaran makanan Me'nate telah ditunjukkan kepada wakil yang hadir. Selain penyelidik dan rakan kongsi, wakil dari Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM dan Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) turut menghadiri demonstrasi tersebut.

Projek ini bertujuan untuk merekabentuk, membangun dan menilai ID pasif berasaskan semikonduktor untuk keselamatan dan perkhidmatan dengan keupayaan menuai tenaga. Kelebihan menggunakan ID pasif ini tidak memerlukan konservatif atau penggunaan kuasa bateri. Ia juga boleh menyokong ciri pengenalan jarak jauh dengan keupayaan membaca fleksibel walaupun untuk menggerakkan kenderaan. Ini adalah sistem yang inovatif untuk anda menikmati stik anda dalam sistem pesanan yang lancar.

 

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
C1573810407