Sesi Dialog Antara Bursar Dan Penyelidik UPM | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Sesi Dialog antara Bursar dan Penyelidik UPM

Sesi Dialog antara Bursar dan Penyelidik UPM

11 Oktober 2019 – Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), telah menganjurkan sesi dialog antara bursar dan penyelidik UPM. Semua penyelidik Universiti Putra Malaysia telah dijemput hadir dan bilangan penyertaan sebanyak 110 orang. Sesi dialog ini diadakan bertempat di Dewan Philip Kotler, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, bermula pada jam 3 petang sehingga 5.30 petang.

Pembukaan majlis dimulakan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) iaitu Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban dan seterusnya sesi tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Geran Penyelidikan iaitu, Prof. Dr. Goh Yoh Meng sebagai moderator untuk sesi dialog tersebut. Speaker jemputan yang turut hadir dalam sesi dialog ialah dari Pejabat Bursar, UPM iaitu Puan Hajah Izariahwati Mat Isa, Puan Norlian Ismail, Encik Yusri Hashim dan Puan Hafizah Misran.

Penganjuran sesi dialog ini adalah bertujuan untuk memberikan penjelasan dan penerangan kepada penyelidik UPM berkaitan proses kewangan, polisi dan peraturan yang digunapakai dalam pengurusan kewangan penyelidikan. Selain itu, daripada sesi ini diharapkan agar pihak RMC dan Pejabat Bursar boleh mendapatkan input daripada penyelidik UPM bagi penambahbaikan berterusan berkaitan proses kewangan penyelidikan.

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | noorazwana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEUGAI~