Seminar Kesedaran Double Tax (DTD) Universiti Putra Malaysia. | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN rmc
» BERITA » Seminar Kesedaran Double Tax (DTD) Universiti Putra Malaysia.

Seminar Kesedaran Double Tax (DTD) Universiti Putra Malaysia.

Selasa, 6 Ogos 2024, Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM -Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengadakan Seminar Kesedaran Double Tax Deduction (DTD) Universiti Putra Malaysia. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Penyelidik UPM berkenaan tatacara serta garis panduan berkaitan aktiviti DTD. Kelayakan DTD ini membolehkan sumbangan atau bayaran perkhidmatan penyelidikan/Geran Swasta daripada pihak syarikat layak untuk mendapat Potongan Khas (Potongan Cukai Dua Kali) Di Bawah Seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.Penceramah jemputan adalah daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) serta akan dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia.

 

 

 

Tarikh Input: 14/08/2024 | Kemaskini: 20/07/2026 | fikri.munir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
X, (07:01:05am-07:06:05am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]