RMC Turun Padang Santuni Penyelidik Melalui Program Hari Bertemu Penyelidik Siri 1/2026 | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN rmc
» BERITA » RMC Turun Padang Santuni Penyelidik Melalui Program Hari Bertemu Penyelidik Siri 1/2026

RMC Turun Padang Santuni Penyelidik Melalui Program Hari Bertemu Penyelidik Siri 1/2026

SERDANG, 15 Mei 2026 – Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan komitmen dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan menerusi penganjuran Program Hari Bertemu Penyelidik Siri 1/2026 anjuran Seksyen Penyelarasan dan Pemantauan Projek Penyelidikan.

Program yang dilaksanakan secara turun padang ini merupakan kesinambungan daripada siri pelaksanaan terdahulu iaitu Siri 1/2025, dengan matlamat memperkukuh libat urus secara langsung antara pihak pengurusan penyelidikan dan para penyelidik.

Inisiatif ini bertujuan menyelami dengan lebih dekat isu, cabaran serta persoalan yang dihadapi oleh penyelidik, di samping mencari penyelesaian yang lebih efektif, praktikal dan berfokus. Pendekatan ini juga dilihat mampu mempertingkat keberkesanan penyampaian perkhidmatan RMC kepada komuniti penyelidikan.

Bagi siri kali ini, program telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Siswazah)Fakulti Rekabentuk dan Senibina selaku hos program. Kolaborasi ini memainkan peranan penting dalam memastikan sesi libat urus berjalan lancar serta mencapai objektif yang disasarkan.

Pelbagai isu berkaitan pengurusan penyelidikan, geran, pemantauan projek serta urusan pentadbiran telah dibincangkan secara terbuka dalam suasana yang interaktif, konstruktif dan profesional.

Rata-rata penyelidik yang hadir memberikan maklum balas positif terhadap pelaksanaan program ini. Mereka menyifatkan inisiatif tersebut sebagai platform yang sangat membantu dalam memperjelas proses serta meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan penyelidikan.

Malah, terdapat cadangan agar program seumpama ini diteruskan secara lebih kerap dan diperluaskan ke peringkat yang lebih menyeluruh bagi memperkukuh hubungan dua hala antara pihak pengurusan dan penyelidik.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Hari Bertemu Penyelidik ini mencerminkan komitmen berterusan RMC dalam memperkasa budaya penyelidikan yang responsif, inklusif dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi universiti.

Tarikh Input: 21/05/2026 | Kemaskini: 19/06/2026 | norasiah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
X, (01:07:06pm-01:12:06pm, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]