RMC Terima Kunjunan BPS MARA, Eratkan Kerjasama Ekosistem R&D | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » RMC Terima Kunjunan BPS MARA, Eratkan Kerjasama Ekosistem R&D

RMC Terima Kunjunan BPS MARA, Eratkan Kerjasama Ekosistem R&D

Serdang8 Julai 2026 – Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sukacitanya menerima kunjungan hormat daripada Unit R&D dan Inovasi, Bahagian Perancangan Strategik (BPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada hari ini, bertempat di Bilik Lembaga, Tingkat 5, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, bermula jam 9:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari.

Lawatan ini disertai oleh tiga (3) orang wakil daripada pihak MARA iaitu Puan Zarina binti Fauzi, Puan Mahera Hidayati binti Wan Bukhari, dan Puan Fatmawati binti Mohd Yusof @ Ahmad.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran praktikal mengenai pembangunan ekosistem Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di peringkat organisasi, khususnya dari aspek kerangka R&D, tadbir urus penyelidikan, pembentukan Centre of Excellence (COE), serta kluster dan bidang penyelidikan yang dilaksanakan di UPM. Input dan perkongsian pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan ini dijangka akan dijadikan rujukan awal oleh pihak MARA bagi memantapkan persediaan Bengkel Strategik R&D MARA, termasuk penyediaan Kerangka R&D MARA, Roadmap R&D, serta Pelan Tindakan organisasi.

Sepanjang sesi, pihak RMC UPM turut berkongsi taklimat mengenai fungsi Seksyen Perancangan dan Pengurusan Data Penyelidikan, merangkumi aspek perancangan, reka bentuk dan pengurusan aliran kerja penyelidikan, pemantauan pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMIS), pengurusan data penyelidikan, serta penyediaan garis panduan dan dasar berkaitan penyelidikan di UPM.

Lawatan ini merupakan hasil kerjasama dan perancangan bersama antara pihak RMC UPM dan BPS MARA, dan diharap dapat menjadi platform yang bermanfaat untuk perkongsian pengalaman, amalan terbaik, serta mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pada masa hadapan.

Tarikh Input: 08/07/2026 | Kemaskini: 08/07/2026 | norasiah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
X, (07:10:25pm-07:15:25pm, 10 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]