RMC Sertai Pertanding Sudut Bacaan Pejabat TNCPI | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » RMC Sertai Pertanding Sudut Bacaan Pejabat TNCPI

RMC Sertai Pertanding Sudut Bacaan Pejabat TNCPI

SERDANG, August 5 - Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menyertai pertandingan sudut bacaan Read@Uni UPM 2019 peringkat Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan & Inovasi).

Sudut Bacaan yang diberi nama Cakna Ilmu berlandaskan moto “BERILMU BERBAKTI” maka semua staf mestilah peka atau cakna terhadap pelbagai informasi sebagai santapan minda dalam memberikan perkhidmatan berkualiti terutama ilmu pengetahuan. Sudut Cakna Ilmu mengandungi beberapa kategori seperti buku fiksyen dan bukan fiksyen, penyelidikan , inaugural, ensiklopedia dan banyak lagi .

Wakil RMC yang membentangkan ialah En Zainal Bin Abdul Kadir, selaku penyelaras 5S serta Cik Anis Farahanim Binti Abd. Rahman telah memberi ulasan buku secara santai dan bertemakan tradisional, merupakan antara persembahan menarik semasa sesi penjurian yang berlangsung pada hari tersebut.

Selain itu, Cik Anis Farahanim juga memberi ulasan tentang sebuah buku bertajuk Keris Melayu Semenanjung. Buku ini memaparkan perbincangan mengenai keris yang dihasilkan dan diguna pakai di negeri atau wilayah yang dihuni oleh orang Melayu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Terdapat sedikit sebanyak perbezaan pada keris Melayu Semenanjung berdasarkan wilayah atau negeri keris tersebut dihasilkan.

Penjurian pertandingan sudut bacaan ini telah di audit oleh panel juri iaitu Pn. Salmah Binti Abdullah daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM dan Pn. Noraihan Binti Noordin daripada Fakulti Kejuruteraan. Di akhir ulasan pada sudut bacaan, semua staf Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengambil gambar bersama-sama dengan panel juri untuk diabadikan sebagai kenangan.

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEZMAO~