RMC, Akademi Enago Anjur Bengkel Penulisan & Penerbitan Akademik | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » RMC, Akademi Enago Anjur Bengkel Penulisan & Penerbitan Akademik

RMC, Akademi Enago Anjur Bengkel Penulisan & Penerbitan Akademik

SERDANG, 8 Ogos – Akademi Enago dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Bengkel PPenulisan dan Penerbitan Akademik pada 8 Ogos 2019 (Khamis) bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat TNCPI. Seramai 54 orang staf UPM, 281 orang pelajar UPM dan 14 orang dari institusi luar telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah RMC, Prof. Madya Dr. Mohd Shukuri Mohamad Ali. Penceramah yang dijemput oleh pihak Enago ialah Dr. Richard de Grijs dari Macquarie University, Australia, seorang ahli astrofizik, editor, perunding penerbitan yang terkenal dan pembicara awam. Sehingga kini, beliau mempunyai 300+ penerbitan dalam jurnal Fizik dan Astronomi dan enam buah buku. Impak penulisan beliau boleh dilihat melalui 5000+ sitasi yang diperolehinya. Kepakaran beliau dikongsi melalui dua topik yang telah dipilih untuk tujuan bengkel ini iaitu ‘Identifying a Target Journal for Publication’ dan ‘Dealing with Journal Rejection’. Sesi soal jawab bagi setiap topik telah mendapat sambutan memberangsangkan dari para peserta. Puan Nicole Arya, wakil dari pihak Akademi Enago turut memberi penerangan ringkas mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Enago.

Matlamat bengkel penulisan ini adalah untuk membantu para penyelidik di peringkat kerjaya yang berbeza untuk mencapai kejayaan dalam penerbitan. Bengkel ini mendidik penulis tentang kepentingan penerbitan dalam jurnal yang baik, pemilihan jurnal dan trend terkini proses semakan manuskrip. Para peserta turut diberikan panduan cara menangani ulasan pengulas dengan sewajarnya untuk meningkatkan kemungkinan penerimaan manuskrip.

 

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEbIAx~