Persidangan PPRN 2026 Perkukuh Kolaborasi Akademik-Industri | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN rmc
» BERITA » Persidangan PPRN 2026 Perkukuh Kolaborasi Akademik-Industri

Persidangan PPRN 2026 Perkukuh Kolaborasi Akademik-Industri

Kuala Lumpur, 7 April 2026 – Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 telah berlangsung di Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur dengan penyertaan kira-kira 500 peserta daripada kalangan akademik, penyelidik dan industri serta agensi berkepentingan.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) ini dirasmikan oleh Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Persidangan ini menjadi platform strategik dalam mengetengahkan impak pelaksanaan projek PPRN melalui forum, pameran dan sesi jaringan industri.

Sebanyak 20 projek inovasi yang berasaskan permintaan industri telah dipamerkan sepanjang persidangan ini melibatkan 20 Universiti Awam telah dipamerkan. Universiti Putra Malaysia (UPM) diwakili oleh Prof. Madya Siti Sarah Othman bersama rakan industri, Infinite Opportunities, melalui projek penilaian keselamatan produk minyak wangi tempatan, SugarBomb.

Selain itu, Research Management Centre Universiti Putra Malaysia (RMC UPM) turut mempromosikan insentif Double Tax Deduction (DTD) kepada industri. Sebagai institusi yang diiktiraf oleh Ministry of Finance Malaysia, RMC UPM berperanan memudahcara permohonan DTD bagi menggalakkan kerjasama penyelidikan dan meningkatkan peluang pendanaan.

Persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh sinergi antara akademik dan industri ke arah pengkomersialan hasil penyelidikan berimpak tinggi.

Tarikh Input: 27/04/2026 | Kemaskini: 19/06/2026 | norasiah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
X, (02:01:28pm-02:06:28pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]