PECIPTA 2019, UPM Raih 11 Emas Dan 9 Perak | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » PECIPTA 2019, UPM Raih 11 Emas dan 9 Perak

PECIPTA 2019, UPM Raih 11 Emas dan 9 Perak

BATU PAHAT,  25 Sept - Penyelidik UPM cemerlang dengan merangkul 11 pingat Emas dan 9 pingat Perak di pameran dan pertandingan R&D International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Dewan Sultan Ismail, UTHM pada 22 hingga 23 September 2019.

PECIPTA merupakan pameran pertandingan R&D dwi-tahunan yang melibatkan kesemua universiti awam dan swasta di Malaysia anjuran KPM yang telah disertai oleh 459 inovasi dari pelbagai institusi yang dipertandingkan di dalam 5 kategori utama iaitu fundamental, inovasi, pengkomersilan STEM dan keperluan khas.

PECIPTA 2019 yang bertemakan “Innovation Beyond Immagination” telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminol Huda Bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains Dan Teknologi mewakili YAB Menteri Besar Johor pada Majlis perasmian dan Gala Dinner PECIPTA 2019  di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM Johor.

UPM telah menghantar 20 penyertaan pada pameran PECIPTA kali ini di bawah kluster Agriculture & Aquaculture, Building & Construction, Digital Era, Data Analytics & Automation Revolution, Education, Community Development & Social Innovation, Environmental & Renewable Energy dan Health, Medical, Pharmaceutical, Food & Supplement.

Selain itu, inovasi FS Feed oleh Dr. Muhammad Fadhil Syukri Ismail daripada Fakulti Pertanian UPM turut terpilih sebagai Top 5 winner dan seterusnya berpeluang menyertai program pitching kepada pelabur dana (angel investorEnter the Tigers' Lair oleh Malaysian Business Angels Network (MBAN) yang turut diadakan sempena PECIPTA 2019.

Turut berkesempatan melawat booth pempamer UPM ialah Prof Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan juga Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang juga merupakan ketua juri kluster pertandingan PECIPTA 2019 kali ini.

Kesemua pingat pemenang telah disampaikan oleh Datin Paduka Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Majlis Penutup PECIPTA 2019.

SENARAI PEMENANG PECIPTA 2019 - UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

No

Anugerah

Inovasi

Penyelidik

PTJ

1

Emas

Biomass Microwave Carbonizer (BMC)

Assoc. Prof. Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh

Faculty of Engineering

2

Emas

Rubber Wall Damper

Assoc. Prof. Dr. Farzad Hejazi

Faculty of Engineering

3

Emas

Sago Prebiotic

Assoc.Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini

Faculty of Agriculture and Food Sciences

4

Emas

Soil and Crop Productivity Rejuvenation

Prof. Dr. Ahmed Osumanu Hrauna

Faculty of Agriculture and Food Sciences

5

Emas

Outdoor Water Filter with SMART BEADS for Dual-Functionality of Filter-Photosensor of Contaminants

Assoc. Prof. Dr. Janet Lim Hong Ngee

Institute of Advanced Technology (ITMA)

6

Emas

HarvastTM Photosynthesis Enhancer

Assoc. Prof. Dr. Suraya Abdul Rashid

Institute of Advanced Technology (ITMA)

7

Emas

FS Feed- Live Food Replacement in Aquaculture Industry

Dr. Muhammad Fadhil Syukri Ismail

Faculty of Agriculture

8

Emas

DYSLEXIABELAJAR: Malay Language Mobile App for Dyslexic Children

Dr. Novia Admodisastro

Fac of Computer Science and Information Technology

9

Emas

NANODERMA: A Potent Antifungal Nanodelivery System for Ganoderma Disease Treatment

Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein

Institute of Advanced Technology

10

Emas

THOHIRA - Higher bioavailable protein fish feed with immunostimulant

Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa

Institute of Halal Research Product

11

Emas

Rabin-p Key Encapsulation Mechanism (KEM)

Dr. Muhammad Asyraf Asbullah

Institute for Mathematical Research (INSPEM)

12

Perak

Antifreeze Peptides for Frozen-based Industries

Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman 

Faculty of Science

13

Perak

Rapid Clenbuterol Detection

Assoc. Prof Dr. Yusran Sulaiman

Faculty of Science

14

Perak

Advanced Skin Technology: Upgrading into Whitemask Nanocosmeceutical Formula Incorporated with Palm-Based Kojic Monooleate in Thin Film System

Dr. Siti Efliza Ashari

Faculty of Science

15

Perak

Lajur Ampuh Membaca Bahasa Melayu (LAMBM)

Prof. Dr Vijayaletchumy Subramaniam

Faculty of Modern Languages and Communication

16

Perak

Green Wound Dressing

Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad

Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences

17

Perak

Chewable and Nutritious Moringa Oleifera Leaves Tablets

Assoc. Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof

Faculty of Engineering

18

Perak

Nucleic acid-based diagnostic for leptospirosis

Dr. Chee Hui Yee

Faculty of Medicine and Health Sciences

19

Perak

Layer-by-layer assembled composite materials for energy storage

Assoc. Prof Dr. Yusran Sulaiman

Institute of Advanced Technology

20

Perak

SargaPrebio powder (Sargassum Prebiotic powder): Use of seaweed as feed enhancer for aquatic animals

Mr. Muhammad Farhan Nazarudin

Institute of Bioscience

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
C1573810443