MyAgeing, RMC, Anjur Siri Kuliah Dan Kolaborasi 7.0 Bertajuk 'Living Longer, But Are We Living Better?' | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » MyAgeing, RMC, Anjur Siri Kuliah dan Kolaborasi 7.0 Bertajuk 'Living Longer, But Are We Living Better?'

MyAgeing, RMC, Anjur Siri Kuliah dan Kolaborasi 7.0 Bertajuk 'Living Longer, But Are We Living Better?'

SERDANG, 17 Julai – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Putra Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi, Multimedia Malaysia (MCMC), dan Suruhanjaya Malaysia-Amerika dalam Pertukaran Pendidikan (MACEE) dengan mengajurkan  DLC Siri 7.0 bertajuk ‘Living Longer, But Are We Living Better?’. Semua penyelidik dalam dan luar Universiti Putra Malaysia ini telah dijemput hadir dan bilangan penyertaan mencapai 212 orang.  Syarahan telah diadakan bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Pejabat TNCPI, bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 5 petang. Turut hadir Timbalan Dekan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Prof. Madya. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad sebagai tetamu kehormat.

Seorang tetamu akademik, Pakar Fulbright, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Connie Evashwick dari George Washington University, telah dijemput sebagai penceramah. Beliau merupakan pentadbir penjagaan kesihatan yang berpengalaman dan ahli akademik yang berkembang maju dalam hubungan pengurusan dan akademik, sistem penjagaan kesihatan awam, penjagaan kesihatan jangka panjang dan penjagaan penyakit kronik.

Selain daripada syarahan terbuka, satu perbincangan tertutup telah diadakan pada 18 July 2019 bertempat di Bilik Latihan, Kompleks MyAgeing. Perbincangan ini telah dihadiri oleh penyelidik UPM dan juga pihak industri membincangkan peluang-peluang penyelidikan dan kolaborasi. Setiap penyelidik seramai 10 orang telah berkongsi latar belakang dan penyelidikan yang sedang dijalankan. Diharapkan kerjasama antarabangsa penyelidik dari UPM akan semakin meningkat.

 

Tarikh Input: 02/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
C1573809224