17 Inovasi Baharu UPM Untuk Mendepani Pendidikan IR4.0 | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » 17 Inovasi Baharu UPM Untuk Mendepani Pendidikan IR4.0

17 Inovasi Baharu UPM Untuk Mendepani Pendidikan IR4.0

SERDANG, 6 Mac - Fakulti Pengajian Pendidikan berkerjasama dengan Putra Science Park (PSP) mengetengahkan 17 inovasi terkini daripada fakulti UPM di dalam bidang pendidikan pengajaran melalui pameran mini yang diadakan sempena pelancaran Putra Future Classroom (PFC), di FPP. Kesemua pameran inovasi ini dikategorikan kepda 3 kategori iaitu mobile application , gamification dan immersive bagi menggambarkan keseluruhan inovasi yang lengkap ke arah pendidikan Revolusi Industri 4.0.

PFC sebagai satu daripada inisiatif ‘Smart Campus’ bertujuan menyemarakkan ekosistem pembelajaran dan pengajaran berbantukan teknologi agar ia menjadi lebih kondusif dan menyeronokkan bagi pelajar dan warga kampus. Pelancaran PFC disempurnakan Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan UPM di sini, semalam.

Seiring dengan era Revolusi Industri 4.0 dan gagasan Pendidikan 4.0, PFC berfungsi sebagai pusat rujukan prototaip bilik darjah atau bilik kuliah masa depan yang menggunakan amalan terbaik pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran.

PFC menggunakan pendekatan pembelajaran dan pengajaran terkini yang interaktif, teradun dan mengambil peluang aplikasi teknologi canggih mudahalih seperti cloud, augmented dan virtual realities, internet of things, data analytics dan artificial intelligence dengan berpandukan kepada teras pendidikan yang menjadi akar dan dasar kepada setiap perencanaannya.

Ketika berucap melancarkannya, Dr Maszlee berkata, pendemokrasian pendidikan melalui program, aplikasi dan peranti yang dibangunkan adalah ke arah melahirkan rakyat yang terdidik dan berdaya maju. Sehubungan itu katanya, institusi pengajian tinggi dan syarikat-syarikat swasta perlu berganding bahu mewujukan aplikasi atau peranti untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran, antaranya bagi Bahasa Inggeris, Matematik termasuk bagi kanak-kanak di peringkat pra-sekolah.

Katanya, aplikasi yang mesra warga emas dan golongan pesara juga boleh dibangunkan berdasarkan pembelajaran sepanjang hayat kerana tiada alasan untuk tidak perlu belajar apabila usia semakin meningkat.

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXETLAu~