KLINIK SEMAKAN ASPEK TEKNIKAL PRA-PERMOHONAN PROPOSAL PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2023 MENGIKUT TADBIR URUS DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » KLINIK SEMAKAN ASPEK TEKNIKAL PRA-PERMOHONAN PROPOSAL PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2023 MENGIKUT TADBIR URUS DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

KLINIK SEMAKAN ASPEK TEKNIKAL PRA-PERMOHONAN PROPOSAL PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2023 MENGIKUT TADBIR URUS DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Sebagai persediaan dan inisiatif awal berkenaan permohonan FRGS Tahun 2023, pihak RMC UPM akan mengadakan klinik semakan secara "one to one" dari segi aspek teknikal deraf proposal penyelidikan FRGS kepada staf akademik UPM terutamanya yang bakal mengemukakan permohonan FRGS yang akan datang.

Adalah dimaklumkan pada permohonan FRGS Tahun 2022 baru-baru ini, pihak KPT telah melaksanakan penaziran mengikut Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT secara terperinci. Penaziran dilaksanakan dari aspek pemarkahan yang betul (markah diberikan hanya kepada maklumat yang lengkap), kecukupan dokumen (bukti LOI kerjasama dengan pihak industri, bukti carian paten dan sebutharga barangan yang dipohon) dan pelantikan panel. Hanya proposal yang melepasi saringan penaziran ini sahaja yang diterima oleh pihak KPT untuk penilaian selanjutnya.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan kualiti proposal terutamanya dari aspek yang dilihat semasa penaziran ini, maka pihak RMC telah mengambil inisiatif untuk menjalankan klinik semakan proposal ini. Pihak RMC menjemput, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan selaku bakal pemohon FRGS Tahun 2023 untuk menyediakan deraf permohonan FRGS dalam sistem MYGRANTS ("New application" dan pilih kategori "FRGS Draft") dan mengemukakan permohonan dalam bentuk PDF kepada Unit Permohonan dan Penilaian RMC melalui pautan berikut untuk menjalani semakan awal:-

https://docs.google.com/forms/d/1VuMwEKZid9WgMkMJQT3wP7C98l3LNKvedkIotoZau00

Klinik semakan deraf permohonan ini dibuka mulai sekarang sehingga tarikh pengumuman rasmi pembukaan permohonan FRGS Tahun 2023 oleh pihak KPT. Semakan RMC adalah secara khususnya untuk aspek teknikal dari segi "Budget" , "Expected output" dan format "Patent search" & surat niat/LoI sahaja. Deraf permohonan yang diterima akan dibuat semakan dan akan diberikan maklum balas dan cadangan penambahbaikan melalui email kepada penyelidik.

Penyelidik yang berminat bolehlah mengemukakan deraf permohonan melalui pautan di atas. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Puan Norbani melalui email: norbani@upm.edu.my.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tarikh Input: 23/06/2022 | Kemaskini: 20/07/2022 | engkuliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
WVKEFAY:05:36