Pada 3 November 2017, D.L.C. 3.0 : Distinguished Lecture & Collaboration Series telah diadakan di Auditorium Putra, Banguna Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM). D.L.C. 3.0 merupakan program siri ketiga yang dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Pengurusan Ilmu , Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UPM, bertujuan untuk memberi pendedahan dan galakan kepada penyelidik UPM kepada bidang penyelidikan dan meluaskan jaringan penyelidikan dengan institusi luar
Pada D.L.C. 3.0 ini, pihak RMC telah bekerjasama dengan University of California, Berkeley (UCB) dengan mengfokuskan kepada bidang sains (kimia) dan cabaran menghadapi perjalanan hidup sebagai seorang penyelidik. Antara penceramah yang dijemput adalah Prof. Omar M. Yaghi, Dr. Ha Lac Nguyen dan Mr. Kyle Cordova. Prof. Omar merupakan penerima Mustafa Prize Laureate pada tahun 2016. Kesemua penceramah telah berjaya memberi insipirasi kepada lebih kurang 150 orang peserta yang hadir.
Program ini juga adalah hasil kerjasama dengan Fakulti Sains, Pejabat Pendaftar, Perpustakaan UPM (PSAS), Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), dan Insititut Pengajian Maju (ITMA).
Pihak RMC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat dengan program D.L.C. 3.0 ini. Tahniah semua !
Tarikh Input: 06/11/2017 | Kemaskini: 07/11/2017 | noridahanim
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Tingkat 5
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor