Climate Change Adaptations In Dryland Agriculture In Semi-Arid Areas | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » Climate Change Adaptations in Dryland Agriculture in Semi-Arid Areas

Climate Change Adaptations in Dryland Agriculture in Semi-Arid Areas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia telah menerima pelawaan daripada Centre for Science and Technology of the Non-Aligned and Other Developing Countries (NAM S&T Centre) dengan kerjasama Great Zimbabwe University (GZU), Masvingo, Zimbabwe dan Ministry of Higher & Tertiary Education, Innovation, Science and Technology Development, Zimbabwe untuk menyertai International Conference on “Climate Change Adaptations in Dryland Agriculture in Semi-Arid Areas” pada 21 - 23 Julai 2020.

Program ini akan diadakan secara virtual dengan tujuan untuk memperkukuhkan rangkaian global penyelidik, saintis dan pembuat dasar dari negara-negara membangun dalam mencari kaedah penyesuaian pertanian tanah kering akibat perubahan iklim, berkongsi pendekatan untuk mencapai penyelidikan integrasi pelbagai disiplin untuk sistem pertanian tanah kering akibat perubahan iklim, dan mengenal pasti agenda penyelidikan kolaboratif yang diperlukan untuk memajukan keselamatan makanan global. Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti di Lampiran 1 yang boleh didapati dengan memuat turun dokumen di laman web RMC.

Pegawai yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan (seperti di Lampiran 2), serta dokumen sokongan yang berkaitan kepada nurulahernesto@mestecc.gov.my dan haslinda@mestecc.gov.my selewat-lewatnya pada 8 Jun 2020 (Isnin), bagi tujuan pengesahan oleh MOSTI selaku Focal Point NAM S&T Centre di Malaysia.

  1. Lampiran 1
  2. Lampiran 2

Tarikh Input: 29/05/2020 | Kemaskini: 29/05/2020 | engkuliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
W1VMaKPW:10:15