Perjanjian Penyelidikan yang diuruskan oleh RMC adalah perjanjian penyelidikan yang melibatkan kerjasama penyelidikan bersama pihak UPM dan institusi / organisasi luar (tidak termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) penyelidikan). Terdapat beberapa proses / prosedur yang perlu dipatuhi oleh pihak RMC sebelum perjanjian ditandatangani;
Semakan dan perakuan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang UPM.
Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).
Perakuan / makluman Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK).
Pengesahan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) setelah perjanjian ditandatangani.
Terdapat empat (4) format perjanjian penyelidikan UPM yang boleh diperolehi daripada pihak RMC (03-97691624 / 1632) untuk kerjasama dengan pihak institusi / organisasi luar / syarikat.
Format Perjanjian Kerahsiaan (NDA) penyelidikan.
Format Master R&D Collaboration Agreement (MoA) – Kedua-dua pihak menjalankan penyelidikan dan salah satu pihak memberikan peruntukan / kedua-dua pihak memberi peruntukan.
Format R & D Funding Agreement (MoA) – Comp UPM – Penyelidik UPM menjalankan penyelidikan, pihak institusi / organisasi luar memberi peruntukan.
Format R & D Funding Agreement (MoA) – UPM Comp – Pihak institusi / organisai luar menjalankan penyelidikan, UPM memberi peruntukan.
Semua perjanjian Dalam Negara atau perjanjian Luar Negara yang telah ditandatangani perlu dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Malaysia.
'Duti Setem yang dikenakan ke atas dokumen / surat cara dibawah Jadual Pertama Akta Setem 1949 yang mempunyai kesan perundangan, komersil atau kewangan’ - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.
• Untuk semakan draf NDA / MoA / LoA / Dokumen Lain-Lain Penyelidikan kepada pihak perundangan UPM, Ketua Projek / PTJ perlu melengkapkan dan menghantar borang permohonan kepada pihak RMC. Borang permohonan tersebut adalah;
Borang Permohonan NDA
Borang Permohonan MoA / LoA Penyelidikan.
Borang Permohonan Dokumen Lain-Lain Penyelidikan.
Borang permohonan boleh dimuat turundisini(rujuk tajuk PERJANJIAN PENYELIDIKAN).