Universiti Sebha, Libya, Intai Peluang Kerjasama Penyelidikan Dengan Universiti Putra Malaysia | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Universiti Sebha, Libya, Intai Peluang Kerjasama Penyelidikan Dengan Universiti Putra Malaysia

Universiti Sebha, Libya, Intai Peluang Kerjasama Penyelidikan Dengan Universiti Putra Malaysia

SERDANG, 3 Julai – Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menerima kunjungan wakil daripada Universiti Sebha, Libya seramai tujuh orang yang diketuai oleh Naib Presiden universiti itu, Mohamed Erhayem. Mereka tiba di Bangunan Pejabat TimbalaN Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) pada jam 9 pagi dan dijemput ke Bilik Mesyuarat Pengurusan di Tingkat 5.

Kunjungan kali pertama mereka ke RMC ini adalah untuk meneroka peluang kerjasama yang erat dalam bidang penyelidikan terutamanya bidang sains dan teknologi. Ketibaan mereka disambut oleh tiga orang pegawai dan Pengarah RMC sendiri, Mohammad Hamiruce Marhaban. Satu sesi pembentangan telah disampaikan oleh Pengarah RMC untuk memberi penerangan ringkas mengenai struktur penyelidikan di UPM dan juga pencapaian UPM dalam penerbitan, penyelidik, inovasi, anugerah dan sebagainya.

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam ini banyak membincangkan peluang kerjasama penyelidikan yang boleh dijalinkan diantara dua universiti ini termasuklah perkongsian mengenai kemudahan-kemudahan penyelidikan yang terdapat di kedua-dua buah universiti serta tenaga pakar bidang dalam kalangan profesor yang boleh melakukan kerjasama penyelidikan.

Hasil pertemuan yang dijalankan telah membina satu landasan permulaan kepada kedua-dua buah universiti untuk menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh pada masa akan datang. RMC turut mengambil peluang untuk mempromosi penyelidikan dan inovasi di UPM dengan memberikan cenderamata berupa majalah penyelidikan terbitan RMC, iaitu Synthesis kepada Naib Presiden Universiti Sebha.

 

Tarikh Input: 19/07/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | anisfarahanim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDdNAA~