Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Mohd Tamrin Mulakan Tugas Sebagai Timbalan Pengarah Geran Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Mohd Tamrin Mulakan Tugas Sebagai Timbalan Pengarah Geran Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan

Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Mohd Tamrin Mulakan Tugas Sebagai Timbalan Pengarah Geran Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan

SERDANG, 4 Januari - Menggantikan Prof. Madya Dr. Azmawani yang telahpun bertukar ke Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi pada 15 September 2018, Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Mohd Tamrin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah dilantik sebagai Timbalan Pegarah Geran Penyelidikan yang baru. Pelantikan beliau berkuatkuasa mulai 2 Januari 2019 sehingga 1 Januari 2022 untuk tempoh tiga (3).

Prof. Dr. Shamsul Bahri merupakan seorang profesor di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK. Bidang penyelidikan beliau adalah dalam kebersihan industri atau ergonomik pekerjaan. Beliau dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Perubatan Veterinar dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1997 dan memperoleh Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Kesihatan Awam) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahu 2002. Seterusnya beliau menyambung pengajian Doktor Falsafah dalam Sains Perubatan di Mie University, Jepun.

Seluruh warga RMC ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Mohd Tamrin di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Geran Penyelidikan yang baru. Semoga gandingan baharu ini akan meneruskan kecemerlangan RMC sekali gus membantu peningkatan kejayaan RMC dalam menguruskan penyelidikan di UPM terutamanya dalam bahagian geran penyelidikan. Diharapkan pengalaman dan kecekapan beliau dapat membantu universiti untuk meningkatkan dan mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk membantu para penyelidik di UPM.

Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi.

 

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXETUAN~