PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM BAHARU PENYELIDIKAN (PRIMS) | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM BAHARU PENYELIDIKAN (PRIMS)

PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM BAHARU PENYELIDIKAN (PRIMS)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Prof. Dato'/Datuk/Datin Paduka/Dr./Tuan/Puan,
 
Berhubung perkara di atas, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) sedang dalam pembangunan sistem baharu iaitu Putra Research & Innovation Management System (PRIMS).
 
Pembangunan sistem ini adalah bertujuan untuk menambahbaik proses pengumpulan dan pemantauan data penyelidikan bagi keperluan pelaporan universiti serta proses Penilaian Prestasi Tahunan (Pegawai Akademik) e-LPPT.
 
Justeru itu bagi melancarkan proses Penilaian Prestasi Pegawai Akademik 2017, pihak RMC ingin memaklumkan bahawa sistem PRIMS beroperasi bermula 16 Oktober 2017 (Isnin).
 
Sistem PRIMS boleh dilayari di laman sesawang prims.upm.edu.my
 
Sila rujuk manual sistem untuk kemudahan akses.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan PRIMS, sila hubungi kami melalui emel km@upm.edu.my / bgp.rmc@upm.edu.my
 
Sekian terima kasih.

Tarikh Input: 02/11/2017 | Kemaskini: 09/11/2017 | noridahanim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEZBAb~