Pameran NYAWA 2018: ‘Earth To Sky’ Di Galeri Serdang, UPM | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Pameran NYAWA 2018: ‘Earth To Sky’ di Galeri Serdang, UPM

Pameran NYAWA 2018: ‘Earth To Sky’ di Galeri Serdang, UPM

SERDANG, 23 Januari - Bahagian eDU-PARK®, Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menganjurkan pameran Nature’s Yield and Wonders of Art (NYAWA) ‘18 bermula pada 1 Disember 2018 hingga 8 Mac 2019, bertempat di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM.

Pameran mengetengahkan penyelidikan dan penemuan saintifik yang diolah dalam bentuk karya seni dan artifak bertujuan untuk menggalakkan minat dan memupuk penghayatan sains di kalangan umum. Merangkumi pelbagai bidang pengajian daripada sains pertanian dan alam sekitar kepada biologi dan teknologi maklumat, dan banyak lagi, NYAWA menampilkan pelbagai karya seni di bawah tema tahun ini iaitu ‘Dari Bumi ke Langit’.

Menikmati pemandangan bunga-bunga kertas seiring dengan bunga-bunga maya yang bermunculan di sekeliling anda. Perhatikan kelawar-kelawar yang dibuat oleh bungkusan minuman berterbangan sambil mempelajari bagaimana kehilangan habitat mamalia ini meningkatkan risiko penyebaran virus kepada manusia dan haiwan lain. Lihat bagaimana sebuah arca yang dibuat oleh Lego berwarna-warni memperincikan hubungan antara Salmonella dan tuan rumahnya termasuk manusia dan haiwan. Ketahui tentang faktor-faktor yang menentukan warna mata anda dengan pameran 2D yang memaparkan warna-warna iris mata yang berbeza.

Berikut adalah antara keunikan yang dipaparkan kali ini dan menampilkan 19 karya seni dan artifak dari 10 buah kumpulan daripada UPM, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Universiti Teknologi Mara. Pameran ini merupakan edisi ketujuh selepas kejayaan mengadakan pameran seumpama ini dengan pelbagai tema seperti FRUIT, INSECT, MICROBE, BIRD, BRAIN dan LIGHT sejak tahun 2012. Katalog berideks juga diterbitkan untuk pameran ini.            

NYAWA’18: EARTH TO SKY dilancarkan secara rasmi pada 23 Januari 2019 di Foyer Fakulti Reka Bentuk dan Senibina pada pukul 3 petang. Saintis dan penyelidik yang mengambil bahagian turut hadir untuk menjelaskan karya dan artifak mereka kepada orang ramai.

Orang ramai dijemput melawat pameran ini. Waktu lawatan adalah daripada 9.00 pagi hinga 4.00 petang (Isnin-Jumaat) dan dibuka unutk kunjungan pada waktu malam dan hujung minggu dengan tempahan awal.

 

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEZFAX~