DLC Siri 5.0: The Chronicles Of MOFs (Metal-Organic Frameworks) In UPM - The Visibility Project, Nodes Of Networking & A New Benchmark | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » DLC Siri 5.0: The Chronicles of MOFs (Metal-Organic Frameworks) in UPM - The Visibility Project, Nodes of Networking & A New Benchmark

DLC Siri 5.0: The Chronicles of MOFs (Metal-Organic Frameworks) in UPM - The Visibility Project, Nodes of Networking & A New Benchmark

31 Oktober 2018 – DLC Siri 5.0 bertemakan ‘The Chronicles of MOFs (Metal-Organic Frameworks) in UPM: The Visibility Project, Nodes of Networking & A New Benchmark’ merupakan anjuran bersama Fakulti Sains dan Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia. Syarahan telah diadakan bertempat di Mini Auditorium 2, Pejabat TNCPI, bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang dan terbuka kepada semua penyelidik dalam dan luar Universiti Putra Malaysia. Bilangan peserta yang hadir adalah seramai 96 orang. Prof. Madya Ir. Dr. Aduwati Sali, Timbalan Pengarah RMC turut hadir sebagai tetamu kehormat.

DLC 5.0 ini merupakan salah satu hasil daripada projek Dana Keterlihatan UPM dan rentetan daripada Memoradum of Understanding (MoU) di antara UPM dan UCB yang telah ditandatangani pada 5 Oktober 2017. Syarahan terbuka ini melibatkan 3 penceramah pakar dalam bidang ‘Materials’ iaitu En. Kyle Cordova , Dr. Felipe Gandara, dan Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman. Objektif syarahan ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada penyelidikan dan perkembangan terkini MOFs, menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara UPM dan UCB serta ahli-ahli dalam BGSI dan membuka peluang untuk menjalinkan kerjasama antara universiti tempatan dalam bidang penyelidikan MOFs.

2 November 2018 – Satu sesi perbincangan tertutup bagi DLC siri 5.0 telah diadakan di Bilik Lembaga, Pejabat TNCPI pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Perbincangan ini adalah bertujuan melihat ketersediaan dan peluang mendapatkan Geran Antarabangsa (terutamanya geran AS dan Itali) bagi penyelidik UPM untuk memohon dan bekerjasama, penglibatan MOFs ke arah sains sosial, penyelidikan sains sosial di UCB, dan mobiliti antara UCB dan UPM.

Penyelidik yang hadir adalah dari bidang sains dan teknologi, dan juga sains sosial iaitu ekonomi dan pengurusan kerana antara fokus DLC ini adalah untuk meningkatkan kerjasama penyelidikan sains sosial UPM dengan institusi antarabangsa. Penceramah En. Kyle Cordova dan Dr. Felipe Gandara telah membentangkan penyelidikan di institusi masing-masing. Setiap penyelidik seramai 24 orang telah berkongsi latar belakang dan penyelidikan yang sedang dijalankan.

Diharapkan kerjasama antarabangsa penyelidik dari UPM dalam bidang sains dan teknologi, dan sains sosial akan semakin meningkat.

 

Tarikh Input: 14/11/2018 | Kemaskini: 15/11/2018 | engkuliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEYSAc~