TAWARAN PENCALONAN BAGI PENGANUGERAHAN UNESCO INTERNATIONAL LITERACY PRIZES 2020 | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » TAWARAN PENCALONAN BAGI PENGANUGERAHAN UNESCO INTERNATIONAL LITERACY PRIZES 2020

TAWARAN PENCALONAN BAGI PENGANUGERAHAN UNESCO INTERNATIONAL LITERACY PRIZES 2020

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menerima sesalinan makluman daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bahawa permohonan bagi penganugerahan bagi anugerah UNESCO International Literacy Prizes 2020 dengan tema The Role of Educators and Changing Pedagogies telah dibuka.

Penganugerahan ini adalah bertujuan untuk menghargai usaha-usaha yang dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan dan pembaharuan dalam bidang ini. UNESCO International Literacy Prizes 2020 ini adalah terdiri daripada dua (2) jenis penganugerahan iaitu:

a) UNESCO King Sejong Literacy Prize 

b) UNESCO Confucius Prizes for Literacy

Calon- calon yang berminat boleh mengisi terus permohonan secara atas talian di laman sesawang seperti di bawah sebelum 26 Jun 2020 dan menyalinkan sesalinan dokumen permohonan kepada Bahagian ini (norzalfarita@mohe.gov.my) bagi tujuan rekod. Maklumat lanjut berkaitan anugerah ini juga boleh dirujuk di laman sesawang seperti berikut:

Permohonan atas talian :www.unesco.org/ilp/account

Maklumat berkaitan anugerah :http://en.unesco.org/themes/literacy/prizes

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

Sekretariat UNESCO International Literacy Prizes

Tel       : 0033 1 45 68 08 59

Emel    : literacyprizes@unesco.org

Untuk muat turun dokumen mengenai anugerah ini boleh ke bahagian dokumen dibawah tajuk UNESCO International Literacy Prizes 2020

Tarikh Input: 21/05/2020 | Kemaskini: 21/05/2020 | engkuliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXETOAm~