PERKHIDMATAN SUNTINGAN MANUSKRIP OLEH ENAGO UNTUK PENYELIDIK UPM | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » PERKHIDMATAN SUNTINGAN MANUSKRIP OLEH ENAGO UNTUK PENYELIDIK UPM

PERKHIDMATAN SUNTINGAN MANUSKRIP OLEH ENAGO UNTUK PENYELIDIK UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makuman, Enago Academy telah menawarkan perkhidmatan suntingan manuskrip penyelidikan kepada pihak UPM dengan harga yang lebih rendah daripada yang ditawarkan kepada pihak luar. Sehubungan dengan itu, satu persefahaman telah dirancang bersama pihak Enago untuk melayakkan penyelidik UPM menikmati tawaran istimewa ini dalam meningkatkan keterlihatan penerbitan penyelidik UPM di High-Ranking Journal (Q1-Q4). Tempoh tawaran perkhidmatan ini akan berakhir pada 13 Februari 2021.

Enago Academy adalah badan profesional antarabangsa yang dipercayai dalam bidang perkhidmatan pengarang kepada komuniti global. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Enago Academy telah bekerjasama dengan universiti dan institusi lain di lebih daripada 125 buah negara untuk meningkatkan komunikasi dalam penyelidikan dan membantu penerbitan penglihatan dalam jurnal berimpak tinggi.

Manfaat perkhidmatan:

  • Potongan diskaun sebanyak 50% eksklusif kepada penyelidik dan staf Universiti Putra Malaysia.
  • Satu portal khas disediakan untuk penyelidik UPM bagi kemudahan perkhidmatan yang disediakan. Portal ini juga boleh diakses 24 jam.
  • Pihak Enago akan memastikan perkhidmatan diberikan berdasarkan waktu yang telah ditetapkan.

 

Sila layari portal berikut untuk menggunakan perkhidmatan Enago: https://www.enago.com/universiti-putra-malaysia/

 

(RMC UPM tidak menyediakan kemudahan kewangan untuk suntingan manuskrip. Penyelidik boleh menggunakan geran penyelidikan namun tertakluk kepada garis panduan geran yang berkenaan.)

Tarikh Input: 24/07/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
C1571822574