Bengkel Penulisan Proposal FRGS 2019 | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » Bengkel Penulisan Proposal FRGS 2019

Bengkel Penulisan Proposal FRGS 2019

Pada 12 & 14 Februari 2019, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengadakan Bengkel Penulisan Proposal FRGS 2019 bertempat di Mini Auditorium 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM. Bengkel ini menyasarkan penyertaan dari kalangan penyelidik muda dan penyelidik yang berhasrat untuk memohon Skim Geran FRGS 2019 yang sedang dibuka sekarang dan bilangan penyertaan hanya terhad kepada 90 perserta terawal sahaja untuk setiap sesi.

Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan membantu dan membimbing penyelidik untuk  menghasilkan  proposal yang berkualiti serta memantapkan lagi penulisan proposal FRGS.

Bengkel ini disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Prof. Dr. Abdul Halim Shaari dari Fakulti Sains, UPM. Beliau pernah menjadi ketua kluster panel penilaian UPM semenjak 2010 -2016 dan juga pernah menjadi panel penilai bagi geran FRGS di peringkat kementerian.

Semoga bengkel penulisan proposal FRGS ini dapat membantu penyelidik muda dan penyelidik lain yang berhasrat untuk memohon Skim Geran FRGS 2019 dan permohonan berjaya setelah keputusan dikeluarkan nanti.

Tarikh Input: 08/03/2019 | Kemaskini: 08/03/2019 | noorazwana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
-
C1569240440