GERAN COLLABORATIVE RESEARCH PROGRAMME (CRP) – ICGEB RESEARCH GRANTS DAN CRP-ICGEB EARLY CAREER RETURN GRANTS BAGI TAHUN 2023 KINI DIBUKA! | RESEARCH MANAGEMENT CENTRE
» ARTICLE » GERAN COLLABORATIVE RESEARCH PROGRAMME (CRP) – ICGEB RESEARCH GRANTS DAN CRP-ICGEB EARLY CAREER RETURN GRANTS BAGI TAHUN 2023 KINI DIBUKA!

GERAN COLLABORATIVE RESEARCH PROGRAMME (CRP) – ICGEB RESEARCH GRANTS DAN CRP-ICGEB EARLY CAREER RETURN GRANTS BAGI TAHUN 2023 KINI DIBUKA!

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi.

ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2023. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:

 

(i)       Basic Life Sciences

(ii)       Human Healthcare;

(iii)       Industrial & Agricultural Biotechnology; dan

(iv)       Bioenergy.

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2023/01/CRP-Guidelines_2023.pdf. Antara permohonan geran CRP-ICGEB Research Grants yang telah terpilih pada tahun 2021 berkaitan kajian terhadap penyakit berjangkit, kanser, penyakit metabolik dan genetik, sains tumbuhan, imuniti, genetik, dan aplikasi bioteknologi adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2023/01/Layman_for_Web-2021_REV.pdf

Sekiranya berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Semua permohonan bolehlah dilaksanakan secara online di link https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2023 (Ahad). Garis panduan bagi permohonan atas talian boleh dirujuk di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2023/01/CRP_online_submission_guidelines_Jan2023_FV.pdf. Untuk memaklumkan juga kepada pihak RMC UPM (sekiranya memohon) melalui e-mel kepada hafliza_upm@upm.edu.my untuk makluman dan rekod pihak RMC, UPM.

Date of Input: 31/01/2023 | Updated: 31/01/2023 | fikri.munir

MEDIA SHARING

RESEARCH MANAGEMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEZMA0~