JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI PENYELIDIKAN SEMPENA HARI INOVASI NUKLEAR MALAYSIA 2019 | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI PENYELIDIKAN SEMPENA HARI INOVASI NUKLEAR MALAYSIA 2019
Tarikh
02 Oct 2019 - 11 Oct 2019
Masa
01.00 - 01.00
Lokasi
Agensi Nuklear Malaysia Bangi, Selangor
Ringkasan Acara
Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan menganjurkan pertandingan inovasi penyelidikan sempena Hari Inovasi Nuklear Malaysia 2019 pada 4 hingga 5 November 2019 di Bangi, Selangor. Pertandingan yang dianjurkan setiap tahun ini merupakan satu usaha mengiktiraf hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) para penyelidik Nuklear Malaysia serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang menyumbang khususnya kepada perkembangan aplikasi sains dan teknologi nuklear. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada para penyelidik untuk memperlihatkan dan berkongsi hasil dan pencapaian R&D yang dilaksanakan kepada masyarakat awam, terutamanya kepada golongan penyelidik serta pelajar sekolah dan universiti. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada 11 Oktober 2019. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Mohd Azmi Sidid Omar/ Pn. Aisya Raihan Abdul Kadir (Tel: 03 – 8911 2000 samb 1723/ 1721, emel : m_azmi@nm.gov.my / aisya@nm.gov.my)

Kemaskini:: 02/09/2020 [engkuliyana]

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDdWA0~