DARI MEJA PENGARAH | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» MENGENAI KAMI » DARI MEJA PENGARAH

DARI MEJA PENGARAH

 


Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh  dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UPM. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan limpah dan izinNya laman web RMC dapat dibangunkan dengan matlamat sebagai salah satu pusat informasi dan rujukan mengenai pengurusan dan pelaksanaan aktiviti penyelidikan kepada warga UPM amnya.

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) merupakan salah satu entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang berperanan untuk mengurus, menyelaras, menggerakkan dan menggiatkan usaha R&D&C&E bagi meningkatkan produktiviti untuk penghasilan penemuan baharu dan output penyelidikan yang berkualiti. RMC juga berperanan untuk meningkatkan kerjasama R&D&C&E dengan sektor awam dan swasta khususnya bagi mendapatkan geran luar di samping menjalin hubungan kerjasama   penyelidikan dengan pihak industri.

Dengan menyokong matlamat UPM dalam mengukuh dan memantapkan aktiviti penyelidikan, RMC bertekad untuk terus meningkatkan perkhidmatan pengurusan penyelidikan ke peringkat yang lebih cemerlang selaras dengan status UPM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan (RU).

Akhir kata, saya berharap semua warga UPM akan mendapat manfaat dari laman web ini dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disalurkan demi kecemerlangan penyelidikan.

Sekian.

Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi
Pengarah
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia

Kemaskini:: 16/06/2020 [engkuliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcVAI~