RESEARCH BRIDGING FUNDS | RESEARCH MANAGEMENT CENTRE
» OUR SERVICES » RESEARCH GRANT APPLICATION » RESEARCH BRIDGING FUNDS

RESEARCH BRIDGING FUNDS

 

  1. TUJUAN
    1. Dana Tautan Penyelidikan 2017 ini adalah bertujuan untuk membantu penyelidik untuk mendapatkan pembiayaan bagi perkara-perkara berikut;
      • Pembelian bahan penyelidikan seperti, bahan pakai habis, bahan kimia, alat tulis
      • Membuat kalibrasi & penyelengaraan peralatan
      • Menjalankan survey & testing.
      • Mendapatkan perkhidmatan profesional
      • Pembelian data dan perisian
      • Bayaran gaji khidmat enemurator
      • Pensijilan
    2. Pembelian aset adalah tidak dibenarkan.
    3. Permohonan merupakan keperluan kritikal bagi menyiapkan / menambah nilai projek bagi membolehkan penghasilan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi. Permohonan mesti dikemukakan bersama-sama justifikasi lengkap yang menunjukkan gambaran jelas tahap keperluan permohonan.
    4. Sekiranya permohonan adalah bertujuan untuk kegunaan / keperluan projek baharu, pemohon adalah dinasihatkan untuk memohon geran penyelidikan.
    5. Jangkaan output yang dijanjikan akan diaudit oleh pihak RMC.
    6. Dana Tautan Penyelidikan ini tidak dikategorikan sebagai geran penyelidikan dan terimaan dana ini tidak boleh diisytiharkan sebagai terimaan geran penyelidikan melalui KM-Portal.
  2. KELAYAKAN DAN SYARAT PERMOHONAN
    1. Dana ini terbuka kepada semua kakitangan akademik UPM sepenuh masa sama ada kakitangan tetap ataupun kontrak (termasuk felo dan pegawai penyelidik).
    2. Pemohon layak diluluskan sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya terdapat keperluan mendesak pemohon membuat permohonan berikutnya, namun kelulusan adalah tertakluk kepada pertimbangan JKRMC.
    3. Siling dana adalah tidak lebih RM 10,000.
    4. Cara pembayaran dana adalah secara tuntutan bayaran oleh pemohon atau melalui pesanan belian / arahan bayaran melalui pihak Bendahari UPM.
  3. TATACARA PERMOHONAN
    1. Borang permohonan dana ini boleh dimuat turun melalui pautan ini.
    2. Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Bahagian Geran Penyelidikan RMC. Sebarang pertanyaan berhubung dana ini boleh diajukan kepada urusetia dana di talian 03-89471253 / 1250.

Updated:: 11/04/2017

MEDIA SHARING

RESEARCH MANAGEMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471601
0389451596
C1503065856