PIAGAM PELANGGAN | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» MENGENAI KAMI » PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) tertakluk kepada piagam pelanggan yang telah dimuktamatkan di bawah pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 sejak tahun 2008 sehingga kini di bawah MS ISO 9001:2015.

Di bawah skop pengurusan penyelidikan dan inovasi, warga Pejabat TNCPI, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia, dengan penuh tekad berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti mana piagam pelanggan yang telah ditetapkan.

Berdasarkan piagam pelanggan penyelidikan dan inovasi, berikut adalah keperluan pelanggan yang tertakluk di bawah pengurusan RMC:

  1. Mengeluarkan surat kelulusan permohonan geran dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan surat penaja.
  2. Mengeluarkan surat tawaran Geran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari   bekerja selepas menerima proposal muktamad daripada penyelidik.
  3. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menghadiri seminar / persidangan / bengkel / lawatan luar negara (SKBL) dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa SKBL.

 

Kemaskini:: 14/12/2022 [fikri.munir]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdBAK~