KUALA LUMPUR, 23 Februari - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi lima pingat emas, satu perak, dan satu gangsa pada pameran Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2019. UPM menghantar tujuh penyertaan pada MTE 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, dan kesemuanya memenangi pingat.
Lima pingat emas yang dimenangi oleh UPM ialah:
Pingat perak pula ialah Mentor-Mentee in Research Innovation Skills Through Global I-Lead STEM Camp oleh Dr. Muhammad Alif Muhammad Latif, Dr Muhammad Aliff M. Latif, Dr Suriati Paiman, Dr Zurina Zainal Abidin, Dr Khalina Abdan, Prof Norihan Md Ariffin, Noorsuhaily Ali (Pusat Asasi Sains Pertanian, Fakulti Sains, dan Fakulti Kejuruteraan). Pingat gangsa ialah Interactive Learning: The Menstual Cycle Game oleh Dr Mashitah Shikh Maidin, Dr Christina Yong Seok Yien, Dr Nurul Izza Ab Ghani, Nur Hafizah Mohammed (Fakulti Sains).
Anugerah disampaikan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis.
Pengerusi Jawatankuasa Induk UPMSTEM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata, ini merupakan penyertaan sulung UPM dalam STEM MTE dan berjaya meraih pengiktirafan daripada aspek penglibatan STEM dengan komuniti dan inovasi pengajaran STEM. Katanya, beberapa buku, modul latihan dan produk telah mendapat hakcipta daripada MyIPO.
“Semua penyertaan STEM daripada UPM boleh memberi impak kepada masyarakat dan mampu diperluaskan ke peringkat industri,” katanya. Beliau berkata, sehingga kini UPMSTEM telah menjalankan pelbagai projek flagship termasuk Karnival Jom Sains, Noble Laureate Outreach Camp, Global I-Lead STEM Camp & International STEM Olympiad, dan Seeds of Science. – UPM
Oleh: Azman Zakaria
Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nsyahirah
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Tingkat 5
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor