JPNIN-UPM Adakan Kerjasama Program Perpaduan, Integrasi Nasional | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » JPNIN-UPM adakan kerjasama program perpaduan, integrasi nasional

JPNIN-UPM adakan kerjasama program perpaduan, integrasi nasional

SERDANG, 24 Julai - Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengadakan kerjasama strategik program perpaduan dan integrasi nasional yang memberi impak kepada masyarakat khususnya di kalangan generasi muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata kestabilan dan keharmonian negara bergantung  kepada keutuhan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan latar belakang.

“Saya yakin dan percaya, ketiga-tiga program ini dapat meningkatkan keupayaan dan peranan generasi muda dalam pembangunan arus perdana sebagaimana yang dihasratkan dalam transformasi nasional 2050 (TN50),”katanya semasa merasmikan Program Sidang Media Kerjasama Strategik JPNIN dengan UPM.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr.Aini Ideris pula berkata program kerjasama dengan JPNIN merupakan bukti komitmen UPM  dalam menyokong memartabatkan perpaduan negara.

“Ini adalah satu langkah positif untuk memberikan pendedahan awal dalam memupuk nilai-nilai perpaduan dan integrasi pelbagai kaum agar masyarakat muda dapat memahami dan menjaga perpaduan secara berterusan,” katanya.

Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Prof. Madya Dr. Paramasivam Muthusamy berkata terdapat beberapa program kerjasama JPNIN bersama UPM yang telah dilaksanakan antaranya Program Silang Budaya yang dimulakan pada 2016 melibatkan 200 buah sekolah di Lembah Klang.

“Usaha ini diteruskan pada tahun 2017, melibatkan sebanyak 191 sekolah di seluruh Malaysia.

Selain itu Konvensyen Rukun Negara yang akan diadakan di UPM pada 11 hingga 13 Ogos ini yang akan melibatkan semua universiti awam dan swasta seluruh negara,” katanya - UPM

Tarikh Input: 22/08/2017 | Kemaskini: 22/08/2017 | noridahanim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDdXAM~