Sistem Penggaulan Berbantukan Ultrabunyi | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » Sistem Penggaulan Berbantukan Ultrabunyi

Sistem Penggaulan Berbantukan Ultrabunyi

Kaedah rawatan ultrabunyi yang berkeamatan tinggi  dan radas untuk digunakan bersama pengadun komersil doh/adunan yang sedia ada untuk meningkatkan ciri-ciri reologi, pengudaraan dan tekstur produk bakeri seterusnya menambahbaik kualiti keseluruhan melalui kaedah pemprosesan

 

Produk bakeri termasuk roti dan kek menjadi sebahagian besar pemakanan kita sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Produk bakar biasa bukan sahaja dinilai dari segi rasa tetapi juga kualiti tekstur yang disumbangkan oleh gelembung gas dan struktur berudara. Teknologi/produk ini mampu mengubah dan menambahbaik struktur berudara produk yang dibakar dan menyumbang kepada ciri-ciri tekstur dan cita rasa yang positif/baik. Ia membenarkan pihak pengilang mengawal tekstur dan kualiti keseluruhan produk dengan lebih bebas dan tanpa menggunakan bahan-bahan ramuan yang lain

 

Mangkuk pengadun yang sedia ada diletakkan di tengah-tengah tangki mandian ultrasonik yang dipenuhi air. Tenaga elektrik yang diterima semasa pemindahan ultrasonik yang dipasang pada tangki mandian keluli tahan karat akan ditukarkan kepada pengembangan dan pengecutan mekanik di dalam pemindah piezoelektrik, seterusnya ia akan memberi gelombang tekanan yang dihantar ke dalam air dan kemudian ke dalam bahan di dalam mangkuk pengadun sebagai peronggaan akustik. Penyebaran intensiti (berkeamatan) tinggi gelombang ultrabunyi ke bahan yang diadun berupaya mencipta dan mengubah struktur gelembung gas di dalam campuran atau adunan dan seterusnya akan membentuk saiz dan pengedaran gelembung gas dalam produk bakeri yang diudarakan untuk memberi kesan tekstur.

 

Produk ini memerlukan kos pelaburan sekali sahaja untuk kawalan pengudaraan dan tekstur produk bakeri yang lebih meluas. Ini dapat menjimatkan kos dengan pengurangan penggunaan bahan ramuan yang membantu pengudaraan dalam produk bakeri

 

Dengan adanya system ini, pengguna mempunyai produk yang lebih baik dari segi tekstur dan penampilan yang menarik tanpa menggunakan bahan makanan tambahan yang lain

 

Penyelidik

 

Professor Madya Ir. Dr. Chin Nyuk Ling

Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan,

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selanngor, Malaysia

Emel: chinnl@upm.edu.my

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | noorazwana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDTOAd~