The Aircirc: Penggunaan Serat Kenaf Sebagai Soket Kaki Palsu | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » The Aircirc: Penggunaan Serat Kenaf Sebagai Soket Kaki Palsu

The Aircirc: Penggunaan Serat Kenaf Sebagai Soket Kaki Palsu

AirCirc soket kaki palsu telah di reka bentuk melalui proses reka bentuk peranti perubatan dalam menghasilkan pengguna kaki palsu untuk mengekalkan suhu kulit di dalam soket dan memberi keselesaan maksima kepda pengguna. Produk ini direka bukan sahaja berfungsi sebagai soket yang dapat mengalirkan pengudaraan yang baik tetapi juga dapat memberi nilai estetika kepada soket tersebut. Serat kenaf yang digunakan sebagai bahan yang memberikan kekuatan yang baik berbanding dengan serat kaca dan menawarkan produk yang mesra alam dan mempunyai pendekatan nilai estetika.

 

Idea untuk pembuatan soket kaki palsu ini adalah percubaan untuk menggunakan konsep penafasan, daripada soket yang memegang bahagian kaki yang telah terjejas kepada reka bentuk soket yang berfungsi secara aktif bernafas pada kulit pemakai. Matlamat projek ini adalah untuk mencapai konsep yang boleh menyediakan keselesaan, kebersihan dan memudahkan pemakai kaki palsu untuk kegunaan harian. Reka bentuk baru yang dicadangkan dapat memberikan penafasan pada kulit dan melindungi daripada kelembapan yang boleh membawa kepada masalah kulit dan tidak keselesaan terutamanya pada masa yang panjang kepada pemakai kaki palsu. Penggunaan serat kenaf sebagai bahan produksi soket kaki palsu ini tidak hanya mengurangkan kebergantungan kepada bahan yang tidak eco-friendly, tetapi ia juga juga membolehkan Malaysia menjana pendapatan dalam penghasilan alat-alat anggota palsu dari tanaman perladangan yang ditanam oleh rakyat tempatan.

Peningkatan jumlah ini mendedahkan keperluan untuk mempunyai alat prostetik yang murah dan berfungsi dengan baik. Oleh itu, bahagian, komponen dan peralatan yang dihasilkan menggunakan teknologi yang murah sangat diperlukan. Produk ini boleh memberi manfaat kepada pemakai prostetik yang menghadapi ketidakselesaan terutamanya cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia. Ini menyebabkan pengudaraan udara yang tidak baik pada kulit si pemakai kaki palsu. Serat semulajadi sebagai bahan alternatif untuk menghasilkan soket kaki prostetik digunakan untuk menggantikan serat sintetik dan dapat mengurangkan pencemaran kepada manusia dan alam sekitar.

 

Kelebihan teknologi

  • Lubang yang telah dibuat pada soket kaki palsu akan membenarkan pengaliran udara masuk ke dalam kaki
  • Peranti ini dapat menyediakan produk yang selesa dan boleh bernafas
  • Penggunaan serat semulajadi sebagai bahan alternatif menawarkan reka bentuk produk yang estetik dan mesra

 

 

Penyelidik

Dr.Mohammad Jawaid

Institute Of Tropical Forestry And Forest Products (INTROP)

Emel : jawaid@upm.edu.my

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | noorazwana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDTKA3~