Terima Kasih Puan Zaihan Untuk 37 Tahun Di UPM! | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » Terima Kasih Puan Zaihan Untuk 37 Tahun di UPM!

Terima Kasih Puan Zaihan Untuk 37 Tahun di UPM!

Tanggal 22 September 1963, Pn. Zaihan Yazid dilahirkan di Kg. Pulau, Labu, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik.  Menerima pendidikan awal di SK Labu Hilir pada tahun 1970 dan meneruskan persekolahannya di SM Dato Mohd Said.

Menginjak usia 23 tahun, Pn Zaihan telah berkahwin dengan pasangannya, En. Zainal bin Mohamad, dan dikurniakan 7 orang cahaya mata iaitu 3 orang perempuan dan 4 org lelaki. Mula berkhidmat di UPM pada 19 Oktober 1981 di Unit Gaji, Pejabat Bendahari, sebagai Jurutaip. Kemudian, pada tahun 1998, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir di Unit Biasiswa Pelajar.

Pada tahun 2002, beliau dipindahkan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) sehingga sekarang dimana beliau ditugaskan membantu kerja-kerja setiausaha kepada Timbalan Pengarah Bahagian Geran Penyelidikan.  Pn. Zaihan telah berkhidmat di UPM selama 37 tahun. Sepanjang berkhidmat di UPM, beliau telah mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan tahun 2015.

Pn. Zaihan adalah seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan. Beliau juga sangat disayangi oleh warga RMC kerana sifatnya yang ceria, baik dan peramah. Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau curahkan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.

Akhir sekali, kami sebagai warga RMC ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat dan selamat bersara kepada Pn. Zaihan Yazid yang akan bersara pada 18 Oktober 2018. Semoga kenangan di RMC tidak dilupakan dan menjadi kenangan manis buat beliau.

Tarikh Input: 04/10/2018 | Kemaskini: 13/05/2019 | engkuliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDTQAl~