Peptida Bio-aktif Pendek Untuk Rawatan Luka (PeptHeal) | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » Peptida bio-aktif pendek untuk rawatan luka (PeptHeal)

Peptida bio-aktif pendek untuk rawatan luka (PeptHeal)

Satu tetrapeptida baharu yang terdiri daripada empat jenis asid amino (Glycin – Asid aspartik - Prolin - Histidin) - GDPH telah direkabentuk dan disintesis. Ia telah disambung kepada asid lemak (asid palmitik) menjadi Palmitol-GDPH sebagai molekul baharu. Ia mempunyai aktiviti biologi yang berpotensi dan menunjukkan kebaikan dalam menyediakan persekitaran bagi menggalakkan pertumbuhan sel. Selain itu, ia mempamerkan sifat perangsang dan penghijrahan sel. Ia berfungsi sebagai molekul aktif biologi yang baharu untuk menggalakkan pembentukan kolagen secara amnya dan sebagai ubat berpotensi untuk rawatan luka secara khususnya.

 

Setiap tahun, beribu-ribu pesakit mengalami pelbagai jenis kerosakan kulit yang biasanya terjadi dari kebakaran disebabkan air dan minyak yang panas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah dinyatakan bahawa lebih daripada 30,000 kes berlaku setiap tahun disebabkan oleh cabaran untuk regenerasi lapisan kulit. Di negara-negara membangun, rawatan luka seperti ulser kulit dan pembakaran merupakan beban kesihatan utama dan cabaran klinikal. Penyembuhan luka yang lambat adalah proses yang kompleks dan interaktif, oleh itu peptida terapeutik menjadi penting sebagai ubat yang berpotensi kerana ia mempunyai kelebihan berbanding protein dan antibodi dari segi kos pengeluaran yang lebih rendah dan kestabilan yang lebih baik. Penggunaan peptida sebagai sebatian dan ramuan biologi yang aktif adalah diperlukan untuk membangunkan kaedah rawatan baru bagi memenuhi keperluan rawatan luka. Peptida telah ditemui dan dikaji berkaitan dengan potensi untuk menyembuhkan kecederaan kulit pada masa ini di mana ubat terapeutik yang sedia digunakan terlalu mahal, toksik dan tidak selamat dalam jangka masa panjang.

 

Peptida terapeutik ini (Palmitoyl-GDPH) mempunyai matlamat yang sama untuk mengubati penyakit dan derita dengan konsep dan cara sendiri. Ia membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka yang disebabkan oleh daya luar. Khususnya, ia menjadi ubat berpotensi untuk rawatan luka dan mengakibatkan pengurangan jumlah kos rawatan dan mempercepatkan tempoh rawatan.

 

 

Keperluan

Teknologi Semasa

Teknologi Terdahulu

Produk

Palmitoyl-GDPH

(Tetrapeptida asid palmitik)

Campuran tetrapeptida dan tripeptida

(EP 1686957)

Langkah inventif teknologi

- Satu urutan peptide baharu, yang mempunyai potensi sebagai sebatian aktif biologi

- Tidak toksik, berpotensi sebagai ubat untuk rawatan luka

-Hidrofilik (larut air)

- Tetrapeptida :  N-palmitoyl- glycine-glutamine-proline-arginine (Pal-GQPR)

- Tripeptida : N-palmitoyl-glycine-histidine-lysine (Pal-GHK)

- Tidak toksik, keserasian, kestabilan, tiada tindak balas alergi

Permohonan industri

Perubatan,

Farmaseutikal,

Kosmeseutikal,

Pembaikan tisu

Farmaseutikal,

Perubatan

Kelebihan

-  Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baharu

- Meningkatkan pengeluaran kolagen

- Mempromosikan kematangan sel

-  Berpotensi sebagai ubat untuk penyembuhan luka

-  Kos rendah

- Selamat digunakan

- Terbiodegradasikan dan bioserasi

- Mencegah dan/atau mengurangkan tanda-tanda penuaan dan/atau peningkatan kolagen I

Kos

5g = RM 4000

(lebih murah jika secara pukal)

5g = RM 5000

Kesihatan

Tidak toksik

Tidak toksik

 

 

 

Dr Haslina Ahmad

Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM

Tel : 03-9769 7486

Emel : haslina_ahmad@upm.edu.my

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | noorazwana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDTQAy~