Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menerima sesalinan makluman daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bahawa permohonan bagi penganugerahan bagi anugerah UNESCO International Literacy Prizes 2020 dengan tema The Role of Educators and Changing Pedagogies telah dibuka.
Penganugerahan ini adalah bertujuan untuk menghargai usaha-usaha yang dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan dan pembaharuan dalam bidang ini. UNESCO International Literacy Prizes 2020 ini adalah terdiri daripada dua (2) jenis penganugerahan iaitu:
a) UNESCO King Sejong Literacy Prize
b) UNESCO Confucius Prizes for Literacy
Calon- calon yang berminat boleh mengisi terus permohonan secara atas talian di laman sesawang seperti di bawah sebelum 26 Jun 2020 dan menyalinkan sesalinan dokumen permohonan kepada Bahagian ini (norzalfarita@mohe.gov.my) bagi tujuan rekod. Maklumat lanjut berkaitan anugerah ini juga boleh dirujuk di laman sesawang seperti berikut:
Permohonan atas talian :www.unesco.org/ilp/account
Maklumat berkaitan anugerah :http://en.unesco.org/themes/literacy/prizes
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :
Sekretariat UNESCO International Literacy Prizes
Tel : 0033 1 45 68 08 59
Emel : literacyprizes@unesco.org
Untuk muat turun dokumen mengenai anugerah ini boleh ke bahagian dokumen dibawah tajuk UNESCO International Literacy Prizes 2020
Tarikh Input: 21/05/2020 | Kemaskini: 21/05/2020 | engkuliyana
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Tingkat 5
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor