PEMBELAJARAN ENAGO | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » PEMBELAJARAN ENAGO

PEMBELAJARAN ENAGO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan berharap warga Universiti Putra Malaysia berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Berita baik untuk semua penyelidik, untuk menjadikan tempoh PKP ini lebih produktif bagi komuniti penyelidik, Enago sejajar dengan misi membantu penyelidik, dengan sukacitanya menawarkan kursus "Enago Learn" kepada para penyelidik di Universiti Putra Malaysia (UPM) secara percuma!

Program “Enago Learn” adalah program Penulisan dan Penerbitan Akademik dalam membantu penyelidik melalui proses penerbitan dan mencapai kejayaan dalam menerbitkan jurnal di antarabangsa.

Program ini berstruktur lebih 15 kursus yang merangkumi pelbagai aspek penerbitan akademik dan Enago telah menawarkan 2 kursus daripadanya yang diterajui oleh pakar penerbitan tertinggi secara percuma kepada penyelidik UPM.

• Kursus 1: How to Submit a Journal Article and Get it Published (dengan 8 video)
• Kursus 2: How to Write an Effective Research Paper (dengan 6 video)

Ini akan membolehkan penyelidik UPM meneruskan pembelajaran dan mengoptimumkan masa mereka. Untuk maklumat lanjut, dilampirkan pautan ke dokumen penerangan bagi penyelidik memanfaatkan kursus ini secara percuma.

https://rmc.upm.edu.my/uplo…/dokumen/20200406170553ENAGO.pdf

Sekian, terima kasih.

 

Tarikh Input: 06/04/2020 | Kemaskini: 06/04/2020 | engkuliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXDTLAB~